00:01Pihak Berkuasa Amp Penerbangan Awam Arab Saudi mengumumkan operasi di lapangan terbang antarabangsa King Khalid Riyadh terus digantung sehingga Sabtu.
00:09Menurut pihak berkuasa berkenaan, penggantungan itu dilanjutkan bagi memastikan semua kemudahan dan infrastruktur lapangan terbang berada dalam keadaan selamat untuk
00:18beroperasi.
00:20Notis kepada juruterbang dan petugas penerbangan menunjukkan lapangan terbang utama Arab Saudi itu kekal ditutup sehingga Sabtu malam.
00:27Langkah tersebut diambil susulan siri serangan yang menyasarkan lapangan terbang berkenaan sepanjang minggu ini.
00:33Kumpulan huti dari Yemen dilaporkan berulang kali menyerang lapangan terbang tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dan ratusan lagi
00:41cedera.
00:42Insiden berterusan itu terus menjejaskan operasi penerbangan dan menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengangkutan udara di negara berkenaan.
00:51Pihak berkuasa berkata operasi hanya akan disambung semula selepas semua penilaian keselamatan dan kesediaan operasi dimuktamadkan.