00:00Kesatuan Eropah-EU mengekalkan saluran diplomatik dengan Rusia bagi membincangkan kemungkinan penyelesaian konflik di Ukraine meskipun hubungan antara kedua-dua
00:10pihak terus tegang.
00:11Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa berkata, saluran itu kekal terbuka sekiranya Moskow bersedia mengadakan rundingan yang berkesan.
00:23Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada saluran diplomatik lain yang dilaporkan diwujudkan awal tahun ini telah digunakan.
00:31Sementara itu Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis mengulangi kesediaan Moskow menyambung semula rundingan mengenai Ukraine termasuk kemungkinan pengantaraan Amerika
00:40Syarikat dengan menekankan jaminan keselamatan untuk Rusia dan Ukraine serta keselamatan Eropah.
00:47Dalam perkembangan berkaitan, EU dijangka menanggung kira-kira 2 per 3 daripada keperluan pembiayaan tambahan Ukraine sebanyak 70 bilion euro
00:56bagi 2027 bersamaan 46 perpuluhan 7 bilion euro.
01:02Costa berkata suruhan jaya Eropah sedang merangka penyelesaian konkret dengan keputusan mengenai pembiayaan itu dijangka dibuat pada sidang kemuncak EU
01:10pada 26 hingga 27 November.
01:12Baki pembiayaan dijangka diperoleh daripada rakan antarabangsa termasuk United Kingdom, Kanada dan Norway.
01:20Ia ketika beberapa negara anggota EU menyatakan bantahan terhadap cadangan menambah hutang bersama bagi membiayai Ukraine.
01:28Terima kasih kerana menonton!
01:30Terima kasih kerana menonton!
Comments