Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah yang dimeterai dengan Arab Saudi dan Pakistan akan dibawa ke Parlimen untuk ratifikasi. Dalam masa sama, Erdogan turut mengecam serangan Houthi ke atas Arab Saudi dan menegaskan kepentingan kerjasama pertahanan serantau.
Transcript
00:01Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengesahkan bahawa perjanjian pertahanan bersama Mekah yang dimeterai antara Turki, Arab Saudi dan Pakistan akan
00:10dibentangkan di Parlimen Negara itu untuk proses pengesahan dalam masa terdekat.
00:15Beliau berkata kerjasama pertahanan di bawah perjanjian tiga hal itu kini bergerak mengikut dua matlamat utama iaitu memperkukuh pertahanan bersama
00:23dan meningkatkan kerjasama keselamatan serantau.
00:29Menurut beliau, perjanjian tersebut menjadi platform penting bagi memperkukuh koordinasi keselamatan antara tiga negara Islam berpengaruh itu dalam menghadapi cabaran
00:38keselamatan serantau yang semakin kompleks.
00:41Dalam perkembangan sama, Erdogan turut mengutuk keras serangan yang dilancarkan kumpulan huti terhadap Arab Saudi. Beliau menyifatkan serangan tersebut sebagai
00:50tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
00:54Kenyataan itu dibuat ketika Arab Saudi terus berdepan serangan peluru berpandu dan drone daripada kumpulan huti yang berpangkalan di Yaman.
01:02Lapangan terbang antarabangsa King Khalid di Riyad dilaporkan akan terus ditutup sehingga 17 Oktober, sesudah beberapa siri serangan maut yang
01:10dikaitkan dengan kumpulan yang disokong Iran itu.
01:13Minggu lalu, Menteri Luar Turki Haqan Fidan maklumkan Ankara sedang menilai bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada Arab Saudi
01:20bagi membantu menangani ancaman serangan huti dalam kerangka Perjanjian Pertahanan Mekah.
01:26Terima kasih telah menonton!

Recommended